Warga Pakistan didenda RM8,000 jual bingkai hiasan mengandungi kesilapan ayat al-Quran

Khan Mahammad Hassan didenda RM8,000 atas kesalahan menjual bingkai hiasan mengandungi kesilapan ayat al-Quran. - Foto Bernama
KANGAR: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual bingkai hiasan mengandungi kesilapan ayat al-Quran pada Mac tahun lepas.
Ringkasan AI
- Lelaki warga Pakistan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual bingkai hiasan mengandungi kesilapan ayat al-Quran; hukuman penjara 10 bulan jika gagal bayar denda.
- Kesalahan berlaku di premis Salim Maju Jaya Enterprise pada 29 Mac 2024 melibatkan pelbagai bingkai ayat suci dan jam dinding yang mengandungi kesilapan.
- Didakwa di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023) yang memperuntukkan hukuman maksimum RM50,000 denda atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Warga Pakistan itu dituduh berbuat demikian di premis Salim Maju Jaya Enterprise, No. 24, 26 dan 28 Taman Pertiwi Indah, Seriab di sini pada 10.15 pagi, 29 Mac 2024.
Khan Mahammad didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan) 2023 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 14(2) akta yang sama iaitu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis Muhd Khairuddin Yusoff, manakala OKS tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami