Beribu-ribu warga pendidik di Greece termasuk pelajar berarak menuju ke Athens membantah tindakan kerajaan mengubah dasar pendidikan ekoran arahan daripada pembiaya hutang antarabangsa.

Tunjuk perasaan itu susulan kematian dua pelajar baru-baru ini akibat terhidu gas karbon monoksida.

Penunjuk perasaan menyalahkan insiden berkenaan berikutan langkah penjimatan tegas diambil kerajaan.

Ini kerana harga minyak yang melonjak tinggi telah mendorong penduduk menggunakan alternatif yang jauh lebih murah untuk memanaskan rumah semasa musim sejuk.

Menurut setiausaha agung kesatuan guru-guru, langkah terbaru kerajaan itu disifatkan akan menghapuskan dasar pendidikan percuma untuk rakyat.

Sekaligus menurunkan taraf hidup penduduk selain memusnahkan sistem kesihatan dan khidmat awam yang selama ini diberi percuma.