MALAYSIA
Warga Perancis teruja lihat ibadah korban di Malaysia

Petugas bergotong-royong menumbangkan lembu bagi ibadah korban sempena program korban di ruang parkir Masjid Muhammadi hari ini. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Kali pertama menyaksikan sendiri proses penyembelihan lembu korban di pekarangan Masjid Muhammadi memberikan pengalaman baharu kepada tiga wanita warga Perancis.
Ringkasan AI
- Tiga wanita warga Perancis yang sedang bercuti di Kota Bharu berpeluang menyaksikan buat kali pertama proses penyembelihan lembu korban di Masjid Muhammadi sempena Aidiladha, dan menyifatkannya sebagai pengalaman yang bermakna dan meriah.
- Mereka teruja melihat kerjasama masyarakat dalam melaksanakan ibadah korban, dan bersyukur dapat merasai suasana sambutan Aidiladha di Malaysia.
- Sebanyak 36 ekor lembu dikorbankan di Masjid Muhammadi dengan kerjasama pelbagai pihak, dan daging korban diagihkan kepada 2,000 penerima fakir miskin di sekitar Kota Bharu.
"Ia sangat meriah, termasuk dalam konteks kerjasama semasa melaksanakan ibadah korban," kata Nessrine ketika ditemui pada Program Korban di sini hari ini.
Sementara itu, Siham berkata sebagai muslimah mereka bersyukur kerana berpeluang berada di Kota Bharu pada Aidiladha.
"Program korban ini sangat memberi kesan kepada diri saya ... ," katanya.
Imam Tua II Masjid Muhammadi Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi berkata pada hari ini, sebanyak 36 ekor lembu dikorbankan menerusi kerjasama dengan beberapa pihak, termasuk Bank Rakyat.
"Pelaksanaan ibadah korban hari ini melibatkan sembelihan 27 ekor lembu, manakala sembilan ekor lagi akan disembelih pada hari raya ketiga.
"Daging korban ini akan diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan melibatkan 2,000 penerima di sekitar Kota Bharu," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami