MALAYSIA
Warga Singapura direman empat hari bantu siasatan kes khianat di Skudai

Suspek ditahan semalam susulan laporan berkaitan kejadian melibatkan pertengkaran dengan seorang lelaki tempatan serta tindakannya menendang sebuah kereta. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Lelaki warga Singapura yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pertengkaran dengan seorang individu dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai direman selama empat hari bermula hari ini.
Ringkasan AI
- Lelaki warga Singapura direman: Seorang lelaki Singapura ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan kes pertengkaran dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
- Butiran siasatan awal: Suspek berusia 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 426 dan 509 Kanun Keseksaan.
- Video insiden tular di media sosial: Pihak polis mengesan rakaman video yang menunjukkan pertengkaran antara dua individu serta kerosakan pada sebuah kenderaan akibat kejadian tersebut.
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan semalam susulan laporan berkaitan kejadian berkenaan yang melibatkan pertengkaran dengan seorang lelaki tempatan serta tindakannya menendang sebuah kereta sehingga mengalami kerosakan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah dengan lelaki itu dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk proses permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 509 kanun sama kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Terdahulu, pihak polis mengesan satu video tular di Facebook memaparkan dua lelaki sedang bertengkar di kawasan tepi jalan dan kesan remuk pada sebuah kereta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami