awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
11/09/2020
04:57 MYT
Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000
Li ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Astro AWANI
Akibat cuba merasuah seorang anggota polis dengan 'duit kopi' RM50, seorang wanita warga Vietnam menerima padah dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 hari ini.
Li Ti Tho Nga, 40 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib di Mahkamah Sesyen di sini.
Menurut fakta kes, Li ditahan polis akibat kesalahan trafik di satu persimpangan di bandar Rompin ketika dia menaiki motosikal jenis Modenas pada 7 September lalu.
Ketika ditahan, Li berkali-kali cuba memberi 'duit kopi' kepada koperal Mohd Zarul Hafiz Mohd Azar, walaupun telah diberi amaran bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
Kes dikendalikan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Topic Berkaitan
#denda
#duit kopi
#Kuantan
#pembantu kedai makan
#penjara
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan