awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris mangsa MH17 akur keputusan Mahkamah Belanda, harap pelaku dihukum

Bernama
Bernama
17/11/2022
20:05 MYT
Waris mangsa MH17 akur keputusan Mahkamah Belanda, harap pelaku dihukum
Mahkamah Daerah The Hague memutuskan dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh. - Gambar fail AP
SHAH ALAM: Seorang waris mangsa tragedi pesawat penumpang MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia pada 2014 akur dengan keputusan Mahkamah Belanda yang mendapati tiga daripada empat tertuduh bersalah.
Wanita yang enggan dinamakan itu bagaimanapun berharap semua pelaku dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.
Beliau berkata perbicaraan yang berlangsung tanpa kehadiran tertuduh turut mengundang rasa tidak puas hati kerana mereka masih bebas di luar sana.
"Selama ini pun kami ada peguam dari Belanda, dia suruh datang (ke negara itu) tapi kami (waris mangsa MH17) tidak pergi kerana tiada wang untuk bayar tambang dan sebagainya.
"Kami dari dulu hingga kini mengharapkan keadilan, nak sangat empat orang ini dibawa ke muka pengadilan dan terima balasan setimpal dengan apa yang mereka buat kepada keluarga kami," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Mahkamah Daerah The Hague memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.
Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MH17
#keputusan mahkamah belanda
#The Hague
#reaksi keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan