awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka

Bernama
Bernama
02/02/2026
08:45 MYT
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Pada Ogos 2020, sebanyak 309 waris Sultan Zainal Abidin III memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berhubung status setengah bahagian tanah CZSM itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Waris Sultan Zainal Abidin III yang masih hidup diminta menghubungi Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi membolehkan pengemaskinian dan pengumpulan maklumat dalam usaha menuntut separuh bahagian tanah Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM) yang diambil balik oleh kerajaan negeri pada 1923.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan peguam syarie Tuan Musa Awang dan Wan Abdul Halim Wan Harun yang mewakili Tengku Ibrahim sebagai pemegang Surat Kuasa Wakil kepada waris Sultan Zainal Abidin III, semua waris boleh menghubungi Razali Ibrahim melalui talian 016-3752488 atau Iwan Yaacob (011-10199339) secepat mungkin.
Ini susulan perintah/penghakiman Faraid (Tarekah) yang diperoleh daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 4 Jan lepas yang mengesahkan nama waris faraid kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang juga seorang daripada anakanda kepada Sultan Zainal Abidin III.
"Anak guam kami (Tengku Ibrahim) tetap yakin dan percaya bahawa setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang dikira daripada bahagian CZSM masih kekal sebagai harta pusaka yang masih belum dibuat pembahagian.
"Selain itu, serah balik CZSM oleh Tengku Sri Bijaya Raja kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 1923 adalah tidak termasuk setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang telah menjadi harta pusaka almarhum," menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, memandangkan CZSM termasuk setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang diterima daripada harta pusaka Tengku Besar Hafsah sudah berpindah kepada Kerajaan Negeri Terengganu, dibangunkan sebagai rancangan Tanah Felda dan diagih-agihkan kepada peserta serta telah dibuat pembangunan ketara, maka tanah harta pusaka itu hendaklah digantikan dengan tanah lain melalui kaedah penggantian (istibdal) tanah yang lain.
"Tengku Ibrahim akan tetap meneruskan tuntutan waris-waris terhadap setengah bahagian tanah CZSM sejumlah lebih 5,463 hektar yang diambil kerajaan negeri pada 1923 supaya digantikan lokasi asal tanah pusaka tersebut ke suatu lokasi lain yang sesuai, kepada waris-waris yang berhak," menurut kenyataan itu.
Pada 2005, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memerintahkan supaya kerajaan negeri (defendan) mengeluarkan Surat Hak Milik setengah bahagian tanah itu atas nama Sultan Zainal Abidin III, atau membayar pampasan dalam bentuk yang difikirkan wajar mengikut nilaian semasa tanah itu, serta memerintahkan supaya tanah pusaka itu dibahagikan kepada waris yang berhak.
Kerajaan negeri kemudian telah membuat rayuan terhadap keputusan itu, dan pada 16 Julai 2007, panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu membenarkan rayuan itu dan memutuskan keputusan sebelum ini sebagai terbatal.
Pada Ogos 2020, sebanyak 309 waris Sultan Zainal Abidin III memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berhubung status setengah bahagian tanah CZSM itu.
Pada 10 April 2023, Panel-Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu mengarahkan supaya waris-waris mengemukakan sijil/perakuan faraid waris-waris Almarhum Sultan Zainal Abidin III bagi tuntutan tanah seluas lebih 5,463 hektar di daerah Kemaman.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#waris Sultan Zainal Abidin III
#tuntutan tanah pusaka
#diambil kerajaan negeri
#Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu
#faraid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan