Wartawan Astro AWANI menang Anugerah GreenTech 2013

Astro Awani
Oktober 13, 2013 00:10 MYT
Wartawan Astro AWANI, Tan Su Lin memenangi anugerah media GreenTech bagi kategori laporan berita televisyen terbaik pada 'Malaysia Greentech Awards 2013'.
Laporan yang diberi penghargaan itu menyentuh tentang sistem penuaian air hujan bagi kegunaan aktiviti harian seperti membasuh kereta dan menyiram bunga sebagai antara langkah yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk menjimatkan air.
Dalam reaksinya, Su Lin amat berbesar hati menerima anugerah itu atas laporannya yang diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.
Anugerah tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sapphire Ballroom, Hotel Mandarin Oriental pada Sabtu malam.
#anugerah #Malaysia Greentech Awards 2013 #menang #Tan Su Lin #wartawan Astro AWANI