MALAYSIA
  
            Wartawan berhak tanya, media perlu dihormati - Fahmi
Fahmi (foto) menegaskan wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka, selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan. -Gambar fail/Bernama
            
      PUTRAJAYA: Wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Beliau berkata insiden seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi, telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Saya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas, iaitu wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.
"Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan," katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.
Ditanya adakah terdapat arahan kepada menteri bahawa mereka boleh menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan, Fahmi berkata kerajaan tidak mengeluarkan arahan yang khusus mengenai perkara itu.
               
  Ringkasan AI
- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka, selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan.
- Isu menteri didakwa mengugut wartawan kerana bertanya tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam tema pelancongan telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan dijelaskan oleh menteri terlibat.
- Fahmi berkata tiada arahan khusus kepada menteri untuk menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan.