[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Wartawan veteran Rehman Rashid meninggal dunia

Madiha Abdullah 03/06/2017 | 02:04 MYT
Allahyarham juga pernah menghasilkan beberapa buah buku yang laris terjual, antaranya Pangkor: Treasure of the Straits, dan Peninsula: A Story of Malaysia. - Facebook.com / Rehman Rashid
Penulis dan wartawan veteran, Rehman Rashid, meninggal dunia pagi ini.
Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Rafique Rashid, 62, dalam satu mesej pesanan ringkas (SMS) sekitar jam 8.15 pagi tadi.
Rehman dilaporkan mendapat serangan jantung ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Kubu Baru pada Januari lalu, dan dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Berita pemergiannya disambut penuh dukacita oleh rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang cukup menghargai hasil karya dan penulisan Allahyarham.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Masjid Kuala Kubu Baru, selepas Asar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rehman, 62 tahun, mula berkecimpung dalam bidang penulisan dan kewartawanan pada tahun 1981 bersama akhbar New Straits Times. Allahyarham mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sebelum melanjutkan pelajaran di University College Swansea, Wales.
Selain menempa nama sebagai wartawan, Allahyarham juga pernah menghasilkan beberapa buah buku yang laris terjual, antaranya Pangkor: Treasure of the Straits, dan Peninsula: A Story of Malaysia.
#penulis #Rehman Rashid #wartawan