awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada bahaya fitnah, pembohongan media sosial - MB Perlis

Bernama
Bernama
04/03/2015
02:58 MYT
Waspada bahaya fitnah, pembohongan media sosial - MB Perlis
AZLAN: Jika berlaku huru-hara dalam negara, sudah tentu akan menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan. - Gambar Fail
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan penyebaran fitnah dan pembohongan yang semakin berleluasa dalam media sosial.
Beliau berkata jika tidak dibendung, perbuatan itu berbahaya kepada keselamatan dan keamanan negara kerana boleh menimbulkan pergeseran dan pertelingkahan antara kaum.
"Jika berlaku huru-hara dalam negara, sudah tentu akan menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk rakyat kerana wang negara yang ada terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keselamatan dan ketenteraman," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disiarkan media sosial kerana ada antaranya dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Aspirasi Tahun Baharu 2015 anjuran Jabatan perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini, malam tadi.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Perpaduan Negeri Rela Ahmad serta Timbalan Ketua Pengarah Perpaduan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Abdul Halim Omar.
Pada majlis itu, Azlan turut menyampaikan surat pelantikan dan kad kenal diri Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di negeri ini bagi 2015/2016.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#Facebook
#Menteri Besar
#Perlis
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan