awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada budaya pemberian hadiah - Razali

Bernama
Bernama
10/12/2016
23:42 MYT
Waspada budaya pemberian hadiah - Razali
RAZALI: Orang ramai terutama penjawat awam perlu berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya tidak menjurus ke arah pembaziran atau rasuah. - Gambar fail
Orang ramai terutama penjawat awam perlu sentiasa berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya ia tidak menjurus ke arah pembaziran atau mendorong perbuatan jenayah seperti rasuah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Malah, beliau berkata mereka diminta supaya tidak menerima sebarang pemberian bagi mengelakkan terjadinya amalan rasuah yang menjejaskan kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sesebuah negara.
Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan sebagai inisiatif terhadap usaha kerajaan membendung rasuah menerusi kawalan dalaman organisasi serta mewujudkan pelan tindakan pencegahan.
"Syarikat seperti Petronas telah mengambil inisiatif dengan tidak memberikan (atau menerima) hadiah. Langkah ini dilihat menjimatkan kerana mengelakkan pembaziran selain secara tidak langsung kita mampu mengurangkan amalan perlakuan rasuah," katanya di sini pada Sabtu.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-14 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis itu sejumlah 848 graduan KAYM menerima skrol graduasi masing-masing dengan 211 daripadanya menerima Sijil Kemahiran Malaysia, tiga menerima ijazah sarjana muda daripada program Universiti Utara Malaysia dan selebihnya diploma.
Dalam pada itu, Razali berkata masyarakat di negara ini diminta tidak terus mempercayai persepsi negatif sengaja ditimbulkan pihak tertentu terhadap kerajaan, tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Beliau berkata pihak tersebut, yang dipengaruhi orang luar, cuba melaga-lagakan masyarakat di negara ini dan memberikan implikasi negatif terhadap pentadbiran, ekonomi serta politik negara.
"Apa yang perlu dilakukan adalah kita beri ilmu pendidikan secara berterusan kepada orang ramai kerana saya yakin majoriti daripada rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang perlu mereka laksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Razali Ibrahim
#jenayah
#KAYM
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan