awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Waspada fenomena air pasang besar'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2021
23:20 MYT
'Waspada fenomena air pasang besar'
Keadaan limpahan air laut di Pantai Morib pada pagi Khamis. -Foto Sinar Harian
BANTING: Penduduk di pesisir pantai di daerah ini disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari bermula pada Jumaat sehingga Ahad ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota pemantauan di beberapa kawasan yang dikenal pasti akan mengalami limpahan air laut.
Menurutnya, kawasan berkenaan ialah di kawasan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.
"Berdasarkan kepada jadual air pasang surut, daerah ini akan mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober ini dengan ketinggian 5.6 meter sekitar jam 6.30 pagi hingga 7.40 pagi.
"Sementara itu, pada 10 Oktober pula, ia menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada jam 8.13 pagi.
"Justeru, MPKL akan menutup kawasan pantai peranginan dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Amirul Azizan turut mengingatkan orang ramai khususnya penduduk di daerah berkenaan agar tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Pantai Morib
#Kuala Langat
#pesisir pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan