BAGAN SERAI: Penduduk di semua Pusat Penempatan Sementara (PPS) diminta berwaspada dengan penularan pandemik COVID-19 ketika musim tengkujuh sedang melanda negeri ini.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata bagi mengelakkan berlakunya kluster di mana-mana PPS, individu yang positif atau dalam status kuarantin, akan diasingkan di dalam bilik khas sebagai langkah awal membendung penularan dan seterusnya tidak membahayakan mangsa banjir yang lain.
"Yang penting ialah keselamatan mereka dan keluarga yang terlibat dengan banjir dan pada waktu yang sama kita masih lagi berada dalam pandemik COVID-19.
"Ada keluarga yang sambung kuarantin dan ditempatkan di bilik dan blok yang berasingan kerana kita tidak mahu wujudnya kluster baru," katanya dalam sidang media selepas melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu dan PPS Changkat Lobak di sini hari ini.
Menurut data pihak berkuasa pagi tadi, jumlah mangsa banjir di dua daerah di negeri ini meningkat kepada 222 orang dengan ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara berbanding 186 orang semalam.
Terdapat peningkatan mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Kerian dengan 71 mangsa daripada 18 keluarga berbanding 55 mangsa semalam.
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan SK Alor Pongsu, di daerah yang sama turut meningkat daripada 11 mangsa semalam kepada 44 orang hari ini manakala di daerah Larut, Matang dan Selama, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Matang kekal seramai 107 mangsa,
Saarani dalam lawatan itu juga meminta semua pihak bersiap siaga akan kemungkinan banjir melanda beberapa kawasan lain di negeri ini ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Beliau berkata antara persiapan yang diperlukan ialah mengenal pasti pusat-pusat pemindahan dan penyediaan bot serta berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi persediaan bagi membantu mangsa.
Katanya selain itu, pegawai daerah, penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga mesti memberi amaran awal kepada penduduk jika berlakunya banjir dan perlu memindahkan mereka ke PPS secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Saarani meminta semua pihak bersiap siaga akan kemungkinan banjir melanda beberapa kawasan lain di negeri itu. - Gambar/ Bernama

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dua di Negeri Sembilan dan satu di Kedah yang menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Tiga negeri dilanda banjir, satu PPS dibuka
Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, namun hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Segerakan kerja membersih, dalamkan sungai di Janda Baik- Tengku Hassanal
Kerajaan Pahang dan KASA dititah supaya menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Janda Baik.

Jejambat Jalan Langgak Golf di ibu negara dibuka sepenuhnya esok
Ia diyakini mampu mengurangkan aliran trafik yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan.

Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan
Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan.

Jangan jual rumah YASA, biar berkekalan turun-temurun - YDP Agong
Baginda bertitah agar rumah tersebut dijaga supaya kekal menjadi hak milik keluarga turun-temurun.

Banjir Sabah: Keadaan beransur pulih, 707 mangsa masih berada di PPS
Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun daripada 707 berbanding 1,435 mangsa yang dilaporkan semalam.

Jumlah mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,435 orang
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah kini sudah mula menunjukkan trend penurunan.