awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wat Machimmaram jadi tumpuan sempena Hari Wesak

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/05/2022
23:30 MYT
Wat Machimmaram jadi tumpuan sempena Hari Wesak
Wat Machimaram terkenal dengan patung Buddha duduk terbesar di Asia. - Astro AWANI
TUMPAT: Masyarakat Siam di Kelantan tidak ketinggalan meraikan Hari Wesak yang disambut masyarakat beragama Buddha semalam.
Dua tahun golongan minoriti ini tidak dapat menyambut Hari Wesak, bahkan Wat Machimaram yang terkenal dengan patung Buddha duduk terbesar di Asia, sepi tanpa sebarang perayaan sewaktu pandemik COVID-19.
Menurut Pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan, mereka tetap berhati-hati dan menjaga keselamatan diri ketika berada di Wat Machimaram untuk aktiviti keagamaan mereka.
"Setelah COVID-19 melanda dunia, Persatuan Wanita Siam dua tahun senyap sunyi.
"Tahun ini pertama kali buat program Hari Wesak, semua orang meraikan dengan hati tenang dan gembira," katanya.
Terdapat lebih 10,000 masyarakat Siam di Kelantan yang mendiami beberapa kampung antaranya di Bunohan, Tumpat, Tanah Merah dan juga Pasir Mas.
Hari Wesak yang diraikan mereka bersempena dengan hari kelahiran dan kematian Gautama Buddha.
Mereka melakukan upacara membaca kitab Buddha, berdoa memohon keselamatan dan adakan jamuan makan.
Topic Berkaitan
#masyarakat Siam
#Wesak
#agama Buddha
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan