awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Watford lantik Hodgson ganti Ranieri

Astro Arena
Astro Arena
26/01/2022
02:15 MYT
Watford lantik Hodgson ganti Ranieri
Kerjaya kejurulatihan Hodgson bermula pada tahun 1976, apabila dia mengendalikan kelab Sweden Halmstad selama empat tahun. - Foto Astro ARENA
WATFORD telah melantik bekas bos England, Roy Hodgson sebagai pengurus baharu mereka.
Hodgson, 74, mengambil alih jawatan Claudio Ranieri, semalam selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Ray Lewington, yang mengendalikan Watford dari 2002 hingga 2005 dan telah bekerja secara meluas sebagai penolong pengurus Hodgson, juga telah menyertai kelab itu.
Kerjaya kejurulatihan Hodgson bermula pada tahun 1976, apabila dia mengendalikan kelab Sweden Halmstad selama empat tahun.
BACA: Ranieri dipecat Watford selepas tewas kepada Norwich
Kerjaya kelabnya telah menyaksikan beliau menguruskan Inter, Liverpool dan Udinese, Blackburn Rovers dan Neuchatel Xamax, manakala beliau juga pernah melatih pasukan kebangsaan Switzerland, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Finland.
Menjadi kegemaran penyokong Fulham selepas membawa mereka ke final Liga Europa pada 2010, Hodgson menjadi bos England dua tahun kemudian, mara ke suku akhir Euro 2012.
Tempoh mengendalikan Three Lions ternyata mengecewakan, tersingkir daripada peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2014 sebelum disingkirkan Iceland dalam Euro 2016.
Hodgson kemudian membimbing Crystal Palace dan membantu mereka terselamat daripada penyingkiran selepas tewas tujuh perlawanan pertama bagi musim 2017-18 sebelum memperoleh 49 mata pada 2018-19, menyamakan pencapaian terbaik kelab tersebut.
We are delighted to confirm the appointment of Roy Hodgson as the club's manager. Welcome to Watford, Roy!
— Watford Football Club (@WatfordFC) January 25, 2022
Topic Berkaitan
#Watford
#Roy Hodgson
#Claudio Ranieri
#pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan