Filem "The Way Station" dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung di sini malam ini.
Luisito Ignacio, pengarah filem berjudul "Arena" dari Filipina pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengarah Terbaik.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik pelakon Vietnam Pham Hong Phuoc menerusi filem "The Way Station", manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Al-Al Delas Allas dari Filipina.
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi pelakon Filipina Ricky Davao menerusi filem "Dagnation, sementara Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diraih Ana Capri juga dari Filipina menerusi filem berjudul "Laut".
Pengarah filem terkenal Malaysia Tan Sri Lakshmanan Krishnan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Turut hadir pada Malam Gala AIFFA 2017 yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang itu ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri dan isteri Yang di-pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib.
Pemenang lain ialah:
+Anugerah Khas Juri I: Ziarah - Tales of the Otherwords (Indonesia).
+Anugerah Khas Juri II: Solo Solitude (Indonesia)
+Anugerah Penghormatan Khas: Lav Diaz (Filipina)
+Suntingan Filem Terbaik: Imbisibol (Invisible) (Filipina)
+Pengarah Fotografi Terbaik: The Way Station (Vietnam),
+Lakon Layar Terbaik: Ziarah: Tales of the Otherwords (Indonesia)
+Anugerah Semangat ASEAN : Filem Kanang anak Langkau (Malaysia)
+ Anugerah Inspirasi ASEAN: Donnie Yen.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib (kiri) bersalaman dengan pelakon Vanida Imran ketika hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017, malam tadi. - Foto Bernama
Kedutaan AS di Lubnan diserang, suspek cedera ditembak
Insiden tembakan itu berlaku sekitar pintu masuk kedutaan pada jam 8.34 pagi waktu tempatan.
Kontena dari Israel diarah patah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mengekang motolori dari negara jiran yang membawa kontena berlogo syarikat berpangkalan di Israel daripada memasuki Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Ahad lepas.
Jatronics bukan syarikat pengeluar semikonduktor di Malaysia
MITI menekankan bahawa tindakan Jabatan Perbendaharaan AS terhadap Jatronics adalah sebahagian daripada sekatan yang lebih luas yang menyasarkan 300 entiti daripada pelbagai negara, termasuk China, Belgium, Turkiye, Slovakia, dan Emiriah Arab Bersatu, berhubung dengan Konflik Rusia-Ukraine.
Kertas siasatan OKU dipukul anggota pengiring VIP dirujuk kepada TPR - Razarudin
Polis telah memanggil 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel, dan pengawai juruiring kepada orang kenamaan terbabit untuk memberi keterangan berhubung kes.
Bangunan MOTAC terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan
Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini dilapor diarah mengosongkan bangunan tersebut.
Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak menghubungi pihak polis.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka lebih ke arah pengisian dan erti kemerdekaan
Kebebasan bukan hanya daripada penjajah, tetapi juga elemen-elemen negatif dan ia yang ditegaskan melalui tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
Isu bekalan air: Kerja penyelenggaraan bermula jam 9 pagi tadi
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 telah dimulakan pada jam 9 pagi ini, mengikut jadual ditetapkan. Wartawan, Ridauddin Daud melakukan tinjauan di kawasan terjejas dengan gangguan bekalan.
AS tidak akan hantar penasihat tentera, tentera ke Ukraine - White House
Kami tidak merancang untuk menghantar penasihat tentera, tentera atau jurulatih AS untuk melatih rakyat Ukraine, kata Sullivan.
"X..ini langgar undang-undang.." - Fahmi Fadzil
Kerajaan akan panjangkan pandangan tegas mengenai dasar negara berhubung kenyataan platform X yang mendakwa mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.
Filem 'Crossroad: One Two Jaga' menang pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik AIFFA
Filem 'Crossroad: One Two Jaga'merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini malam tadi.
Steven Seagal tiba di Kuching
Seagal membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.
The Way Station menang Anugerah Filem Terbaik AIFFA
Filem "The Way Station"dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA).
Filem Malaysia & Indonesia dominasi calon AIFFA
Filem dari negara Malaysia dan Indonesia mendominasi senarai pencalonan apabila masing-masing memperoleh 18 pencalonan keseluruhannya.