KUCHING: Pasangan kembar berbakat dari Sarawak, Aleysha dan Ryan Zachary Shareef, 11, mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) 2024 yang dijadualkan pada 28 Jun hingga 6 Julai ini di Long Beach, California, Amerika Syarikat.
Mereka dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia selepas membuat persembahan dalam kategori vokal dan peragaan 11-12 junior pada pertandingan akhir WCOPA peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur Januari lepas.
Ibu kepada pasangan kembar berkenaan, Shirley Hasmani Eddie berkata Aleysha dan Ryan Zachary telah menjalani latihan intensif untuk vokal dan peragaan sejak dua bulan lepas.
Beliau berkata kedua-dua anaknya mula mengikuti kelas muzik sejak berusia enam tahun namun dia tidak pernah menyangka mereka akan berada di pentas dunia sepantas ini untuk Malaysia dan diri masing-masing.
"Saya gembira mereka telah capai tahap ini tetapi kami akui pelbagai usaha keras perlu dilakukan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam.
Shirley Hasmani turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menaja perbelanjaan pasangan kembar itu dan penyokong yang memberi sumbangan.
Aleysha akan menyanyi solo dalam tiga genre vokal iaitu rock dan balada, pop serta broadway dengan pakaian formal dan kasual dalam kategori peragaan selain dua duet vokal dalam pelbagai dan pop bersama Ryan Zachary.
Ryan Zachary menyertai genre vokal pop dan terbuka dengan pakaian formal dan kasual dalam peragaan selain duet bersama Aleysha.
Pasangan kembar berkenaan akan menyertai pasukan terdiri daripada 15 bakat Malaysia yang telah terpilih ke WCOPA tahun ini, iaitu satu-satunya acara antarabangsa seumpama itu yang diadakan setiap tahun di sekitar Hollywood.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Aleysha dan Ryan Zachary berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam bagi mewakili Malaysia dalam WCOPA 2024 yang dijadual pada 28 Jun hingga 6 Julai ini di Long Beach, California, Amerika Syarikat. -- fotoBERNAMA
2 penguat kuasa SPRM disyaki terima rasuah direman lima hari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasanya kerana disyaki menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
[TERKINI] Kekejaman Zionis: 8 Petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara di Gaza
Malam yang penuh tragedi di Gaza apabila serangan udara oleh tentera Israel mengorbankan lapan petugas kemanusiaan MAPIM yang sedang mendirikan khemah untuk keluarga pelarian.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

CIMB senaraikan 29 lokasi ATM pengeluaran wang kertas RM10 untuk duit raya
Pengeluaran wang kertas boleh dilakukan bermula hari ini 17 Mac sehingga 31 Mac 2025.

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.

Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang menegaskan tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah
Kejayaan pelajar Tingkatan Satu SSeMKL itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian.

WCOPA ke-27: Anak saudara Siti Nurhaliza rangkul pingat emas, harumkan nama Malaysia
Umai berjaya menewaskan empat finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

WCOPA: Kembar dari Sarawak pamer bakat di pentas dunia
Menurut ibu mereka, Aleysha dan Ryan Zachary telah menjalani latihan intensif untuk vokal dan peragaan sejak dua bulan lepas.

TPM Fadillah ucap tahniah kepada juara dunia biola
Katanya, kejayaan pelajar Tingkatan 5 SMK Bukit Assek di Sibu itu merupakan sejarah yang menjadi kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia.

Belasungkawa: Siti Sarah dalam ingatan
Sejak kehadirannya dalam industri muzik kira-kira dua dekad yang lalu, Sarah berjaya membina reputasi yang bukan calang-calang.

Penari bukan lagi sekadar tempelan
Penari dan koreografer muda, Faruq Suhaimi mahu orang ramai mengubah persepsi bahawa penari adalah sekadar tempelan dalam persembahan atau klip video.