KUALA LUMPUR: Berita baik buat komuniti ekonomi digital di Malaysia!
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Apa itu Web3Expo?
Acara ini akan menampilkan pemain-pemain ekonomi digital Web3 seperti blockchain (teknologi rantaian blok), kripto dan NFT dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea mereka menerusi sesi dialog, forum dan perbentangan kertas kerja.
Selain itu, acara ini turut disertair industri yang terdiri daripada ahli akademik, pakar teknikal, usahawan dan lain-lain.
Turut diadakan ialah 'Blockchain Fair' yang akan disertai oleh syarikat-syarikat, agensi kerajaan, institut pendidikan, firma kewangan dan syarikat startup.
Antara aktiviti yang akan dianjurkan adalah seperti perjumpaan padanan perniagaan, sesi networking, bengkel dan pelbagai lagi.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Penggerak Ekonomi Digital Kebangsaan (NEDMA), penganjur Web3Expo, Datuk Mohd Fakhruddin, ekspo ini juga akan melonjakkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Mohd Fakhruddin berkata, menerusi Web3Expo ini, ia akan memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mula mempelajari mengenai teknologi blockchain.
Pemahaman dan kecaknaan masyarakat berhubung industri Web3 diharap akan mewujudkan sebuah ekosistem dunia digital yang besar, sekali gus mewujudkan permintaan yang tinggi apabila orang ramai, khususnya para usahawan maklum faedah blockchain di dalam perniagaan mereka.
Acara ini juga diharap dapat menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk meneroka segmen pasaran penyedia perkhidmatan yang secara tidak lansung akan melonjakkan ekonomi negara.
Web3Expo ini juga bakal menjadi pemangkin utama terhadap industri "Pelancongan Web3" (Web3 Tourism), yang boleh dijadikan sebagai tarikan baru perlancongan negara.
Walaupun begitu, kebaikan terbesar yang perlu untuk kita garap adalah dengan menjadikan Malaysia antara negara terkerhadapan dalam ekonomi digital.
Astro Awani
Fri Aug 12 2022

Siapa tahu, dengan penganjuran Web3Expo, inilah kunci untuk kita melangkah ke dunia metaverse acuan Malaysia. - Gambar fail
Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah
Hasil perbincangan delegasi Malaysia bersama AS
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan depan
Bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak memberikan perincian mengenai tawaran Malaysia berhubung isu tarif bagi mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan AS.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hasil perbincangan delegasi Malaysia dan Amerika Syarikat
Temu bual bersama Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Pengarah Program MBA, Putra Business School susulan perbincangan delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama wakil perdagangan AS, Jamieson Greer di Washington D.C.
Pengarah Program MBA, Putra Business School susulan perbincangan delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama wakil perdagangan AS, Jamieson Greer di Washington D.C.
[TERKINI] Hasil rundingan delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan pra perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Tumpuan Jumaat – 25 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

JDT mara ke final Piala Malaysia, Johor isytihar Isnin cuti peristiwa
Pasukan JDT berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini.
10 Berita Pilihan - (24 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.