KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan bahawa syarikat gergasi teknologi tidak memilih Malaysia dalam perancangannya untuk memasang kabel dasar laut berikutan dasar kabotaj negara.
Beliau berkata kabel dasar laut Echo dan Bifrost hanya melalui Singapura dan bukan Malaysia kerana Facebook telah membina pengkalan data di Tanjong Keling Data Center Park, Singapura pada 2019.
Katanya projek kabel dasar laut sebelum itu juga melepasi Malaysia seperti kabel konsortium Asia Tenggara-Jepun 2 (SJC2) pada 2018.
"Pusat data berada di Singapura, bukannya di Malaysia, kita kekurangan infrastruktur data. Misalnya pada tahun 2018-2019, Malaysia sibuk membazir masa dan duit untuk idea-idea lapuk seperti mahu membangunkan kereta terbang, bukannya pusat data dan revolusi industri 4.0," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini.
Wee berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal yang memetik kenyataan Malaysia Internet Exchange's (MyIX) bertajuk 'MyIX: Facebook's new undersea cables to Singapore and Indonesia a huge loss for Malaysia due to cabotage issue' serta dikongsi bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di media sosial.
Beliau berkata susulan ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan China, syarikat AS juga ingin mengelak meletakkan kabel di Laut China Selatan kerana bimbang lalu lintas komunikasi negara itu mungkin terdedah kepada pemantauan Beijing.
Katanya disebabkan hal itu, berlaku trend meletakkan kabel melalui Lautan Pasifik sebagai ganti melewati Laut China Selatan sejak 2018, oleh itu, tidak timbul kaitan dengan dasar kabotaj negara.
Wee turut berkata keputusan membatalkan pemberian pengecualian dasar kabotaj bagi kerja pembaikan kabel dibuat antaranya bagi mengurangkan aliran keluar wang asing dalam bentuk bayaran fret atau perjanjian penyewaan kapal dan insurans di dalam 'Balance of Payment Account' negara.
Langkah itu juga bertujuan mengurangkan kebergantungan negara kepada kapal asing dengan meningkatkan penyertaan syarikat perkapalan tempatan dalam perkhidmatan domestik serta meningkatkan kepakaran teknikal melalui pembangunan sumber manusia dalam kalangan warga tempatan.
Menurut kenyataan itu, Loke memberi pengecualian dasar kabotaj kepada kerja pembaikan kabel dasar laut berkuat kuasa 1 April 2019 sebelum pengecualian tersebut ditamatkan oleh Wee pada 15 Nov 2020.
Wee turut menyatakan kesediaan beliau untuk mengatur pertemuan antara Loke dan pemain industri perkapalan negara bagi mendengar sendiri mengenai dasar kabotaj yang diamalkan Kementerian Pengangkutan ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021

Wee berkata kabel dasar laut Echo dan Bifrost hanya melalui Singapura dan bukan Malaysia kerana Facebook telah membina pengkalan data di Tanjong Keling Data Center Park, Singapura pada 2019. - BERNAMA

Niaga AWANI: PKS perlu manfaatkan sebaiknya #SayaDigital

Niaga AWANI: Ekspo Hainan Tarik Penyertaan Lebih 1,200 Jenama Antarabangsa

Niaga AWANI: Pasaran AS | Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
![[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak [TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899551/8967789641618278513442_640x360.jpg)
[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

AWANI Pagi: Cari keberkatan dalam kesederhanaan
Sekali lagi kita berpuasa di saat pandemik dan norma baharu yang ketika ini bagai lumrah Apa tips kesihatan dan amalan yang baik dalam kita menempuhi bulan penuh keberkatan ini? Selebriti Selasa bersama Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf untuk membicarakan topik ini #AWANIPagi #BukaLembaranBaharu #IlhamRamadan

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengkritik kerajaan kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya.

Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat British atas pemergian Putera Philip.

Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan
Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan pada Khamis.

"Saya berjanji tidak akan biarkan Uncle Kanda tidur di kaki lima lagi" - Steven Sim
Steven Sim Chee Keong berkongsi bagaimana kisah sedih seorang gelandangan di kawasannya.

Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah 'dikacau' sejak pagi tadi.

E-Board tingkat keberkesanan perniagaan digital - Mas Ermieyati
E- Board Kohort 2 Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) merekodkan kecemerlangan dengan pencapaian 32.70 peratus purata peningkatan jualan.

Empat 'orang kaya baharu' Malaysia tersenarai Forbes ke-35
Senarai bilionair Forbes ke-35 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu.