LAPORAN Top 10 Emerging Technologies 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dibentangkan pada Selasa menggariskan 10 jenis teknologi baharu yang dijangka memberi kesan positif kepada masyarakat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Laporan itu juga menghuraikan risiko serta peluang yang berkaitan bagi memasukkan penilaian kualitatif tentang cara setiap teknologi akan memberi kesan kepada manusia, planet, kemakmuran, industri dan ekuiti.
Unik bagi setiap teknologi, impak yang berbeza akan merangsang analisis dan perdebatan lebih lanjut tentang bagaimana teknologi baharu ini boleh dan akan membentuk masa depan.
"Kami melihat kepada empat kriteria, kriteria pertama ialah baharu, yang bermaksud bahawa teknologi itu pada peringkat awal, belum digunakan secara meluas.
"Seterusnya ialah kebolehgunaan, yang bermaksud teknologi mempunyai kegunaan dan manfaat yang ketara kepada masyarakat di seluruh dunia.
'Kemudian, kami melihat pada aspek menyeluruh, yang bermaksud bahawa teknologi sedang dibangunkan oleh lebih daripada satu syarikat dan ia menjadi tumpuan kemajuan teknologi dan pastinya akan memberi kesan dalam tempoh lima tahun.
"Dan terakhir, kita melihat pada kuasa, yang bermaksud teknologi itu mesti mampu mengubah dunia teknologi seperti yang kita lihat hari ini," kata pensyarah di American University of Beirut, Joseph Constantine.
Sepuluh teknologi yang dikenal pasti ialah bateri fleksibel, kecerdasan buatan generatif, bahan api penerbangan yang mampan, designer phages, metaverse untuk kesihatan mental, penderia tumbuhan boleh pakai, spatial omics, elektronik saraf yang fleksibel, pengkomputeran mampan dan penjagaan kesihatan melalui AI.
Laporan tahun ini menghimpunkan perspektif lebih 90 pakar dari 20 negara di seluruh dunia.
Ia diharap dapat membantu pemimpin perniagaan dan penggubal dasar untuk membuka potensi transformatif teknologi baharu muncul dan membentuk penggunaan inklusif bagi setiap teknologi.
Madiha Abdullah
Tue Jun 27 2023
Laporan Top 10 Emerging Technologies 2023 oleh WEF menghuraikan risiko serta peluang yang berkaitan bagi memasukkan penilaian tentang cara setiap teknologi akan memberi kesan. - Gambar hiasan/ETX Studio
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
Ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Lebih ramai bakat teknikal yang faham teknologi diperlukan - Chang
Ia berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.
MCMC teliti tiga teknologi baharu tambah baik perkhidmatan internet - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata teknologi baharu muncul itu antaranya dikenali sebagai 'direct to device' atau terus ke peranti.
SC lancar inisiatif perluas ekosistem inovasi digital
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan libat urus dengan industri dan ekosistem inovasi digital yang lebih luas.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Penanam padi berteknologi baharu mampu jana pendapatan T20 - Abang Johari
Teknologi yang dibangunkan UPM untuk projek penanaman itu mampu meningkatkan pendapatan petani hingga mencecah RM6,400 sebulan.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Sabah perlu bangunkan sumber tenaga tambahan untuk tampung permintaan tinggi industri
Sabah perlu membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menampung permintaan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik tinggi untuk beroperasi.