awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#WEF18: 'Trump? Okay! Kami mahu semua berdebat dan cari penyelesaian' - Nazir Razak

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
26/01/2018
10:34 MYT
#WEF18: 'Trump? Okay! Kami mahu semua berdebat dan cari penyelesaian' - Nazir Razak
'Semua pemimpin perlu terbuka mendengar ucapan Trump, berdebat dan mencari penyelesaian' - Nazir Razak
HARI INI 8 malam ini di semua platform Astro AWANI sedikit berbeza berbanding penyampaian berita 'waktu perdana' (istilah lama 'orang berita' untuk pukul lapan malam di Malaysia) berbanding hari-hari lain.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan memberi ucapan untuk menutup Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 di Davos, Switzerland. Astro AWANI menyiarkan ucapan pemimpin negara Uncle Sam itu secara langsung di semua platform termasuk saluran Astro 501.
Pasti ramai yang akan bertanya kenapa ucapan beliau penting dan apa kena mengena dengan kita di Malaysia? Jawapannya mudah.
Masalah yang dihadapi oleh dunia adalah masalah bersama, oleh semua negara, termasuk kita di Malaysia.
Trump terkenal dengan kepimpinan yang ekstrem, radikal serta dasar yang tidak peduli macam-macam dan serba-serbi hanya untuk beliau dan Amerika Syarikat.
Namun, ini bukan cerita Amerika lawan dunia. Kita mahu melangkau aspek pertentangan dan mencari jalan tengah walau pun ramai pemimpin dunia yang tidak puas hati dengan beliau. Ini sedikit sebanyak cerita pemimpin lain apabila berbicara mengenai Trump di Davos
Trump dijadual berucap pada pukul lapan malam ini (Jumaat), dan HARI INI 8 akan menyiarkan secara langsung ucapan beliau serta membacanya melalui perspektif kita, orang Malaysia. Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Harun berkampung bersama pemimpin dunia di Davos akan memberi perspektifnya.
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dalam temubual eksklusif bersama Agenda Awani di Davos menyifatkan semua pemimpin dunia dan pemimpin perniagaan perlu meraikan keterbukaan dengan mendengar ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Forum Ekonomi Dunia di Davos.
Tonton:
Kami bersetuju dengan pandangan Nazir, itulah platform terbaik untuk untuk semua pemimpin di sana berdebat dan mencari penyelesaian.
#HariIni8 malam ini, kita dengar bagaimana Trump 'goreng' di hadapan pemimpin dunia yang progresif, liberal dan moderat serta bagaimana mesejnya dihadam demi kesejahteraan dunia yang lebih hebat sekarang dan masa hadapan.
Topic Berkaitan
#AwaniWEF18
#debat
#Hari Ini 8
#liberal
#Nazir Razak
#Nazir Razak CIMB
#Nazir Razak Debat
#progresif
#Terkini Davos
#Trump WEF
#WEF18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan