WEF2023: Bank pusat harus tundukkan tekanan politik untuk redakan inflasi global

Astro Awani
Januari 22, 2023 04:00 MYT
Larry Summers berkata, inflasi terus mendominasi dunia ketika harga tenaga melonjak tinggi selepas pasca COVID-19 selain konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine yang berterusan.
DAVOS: Bank pusat harus menundukkan tekanan politik dan awam untuk meredakan tekanan inflasi global, menurut pakar ekonomi dari Amerika Syarikat, AS Larry Summers.
Bercakap pada World Economic Forum (WEF), beliau berkata, inflasi terus mendominasi dunia ketika harga tenaga melonjak tinggi selepas pasca COVID-19 selain konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine yang berterusan.
"Saya berpendapat ia bakal menjadi ralat besar bagi bank pusat jika tidak menyemak kadar dua peratus sasaran inflasi pengguna, pada ketika ini kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti," kata Summers yang merupakan profesor Universiti Charles W Eliot di Harvard Kennedy School of Government dan bekas Setiausaha Perbendaharaan AS di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Summers menegaskan, dunia tidak seharusnya mudah berpuas hati dengan perkembangan ekonomi global meskipun situasi terkini lebih baik berbanding jangkaaan sebelum ini.
Beliau memberitahu, pengukuhan ekonomi mungkin akan gagal jika sasaran dua peratus dengan menekan semua komitmen mutlak secara berterusan.
Summers menegaskan, sekiranya inflasi dibiarkan terus melonjak kembali, ia bukan sahaja akan membahayakan kestabilan haraga dan taraf hidup masyarakat golongan berpendapatan rendah, sebaliknya akan turut membawa risiko kepada kestabilan kitaran ekonomi.
#Inflasi #sifar inflasi #ekonomi global #WEF2023
;