awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat, galak orang ramai sempurnakan ibadah hujung tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp alami gangguan sementara

Agensi
Agensi
22/01/2019
23:59 MYT
WhatsApp alami gangguan sementara
WhatsApp digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna di 180 negara. - Gambar hiasan
Sehari selepas pihak Facebook mengumumkan untuk menyekat sebaran mesej menerusi butang forward, aplikasi permesejan paling popular di dunia, WhatsApp mengalami gangguan!
Pengguna di seluruh dunia, sama ada di telefon pintar dengan sistem operasi iOS mahupun Android, dilaporkan tidak dapat menggunakan aplikasi ini pada pagi Rabu waktu Malaysia.
Bagaimanapun, tidak semua pengguna terjejas. Bagi yang bernasib baik, mereka masih boleh menggunakan aplikasi ini sama ada di telefon pintar atau menerusi Internet di komputer.
Menurut laman web Downdetector, yang menjejak gangguan untuk semua jenis perkhidmatan digital, lebih 10,000 laporan diterima membabitkan pengguna di Eropah dan Amerika Selatan.
Namun, di peringkat Asia dan India, laporan yang diterima tidak terlalu tinggi.
Setakat ini, tiada sebarang respon dari pihak Facebook ataupun WhatsApp berhubung punca gangguan.
People finding out that #WhatsApp has gone down in #Twitter be like. pic.twitter.com/afLIW8AsKj
— Aswanth K (@aswanth9495) January 22, 2019
WhatsApp tidak mempunyai laman web status bagi menjelaskan keadaan semasa platform itu atau memaklumkan bila sesuatu masalah akan diperbaiki.
Bagaimanapun, masalah gangguan penghantaran mesej tersebut dilaporkan telah selesai kira-kira 90 minit selepas aduan mula diterima.
Loneliness hits hard when #WhatsApp down
— Ungoogleable (@UngoogleableMan) January 22, 2019
Anyone else using Twitter only to check if #WhatsApp is down or what lol
— Parth Mehta (@parthm1989) January 22, 2019
Mulai Isnin, pengguna aplikasi WhatsApp di seluruh dunia dilaporkan cuma boleh memanjangkan mesej kepada lima individu sahaja pada satu-satu masa.
Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand berkata ia bagi mengekang penyebaran khabar angin dan berita palsu atau salah maklumat.
Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau kumpulan.
WhatsApp digunakan lebih 1 bilion pengguna di 180 negara, menurut laman web aplikasi media sosial itu.
Reaction of some people when #WhatsApp was Down : pic.twitter.com/nJzv7sxHXv
— Akshit Sharma (@ShrmaGka_Ladka) January 22, 2019
Ia membolehkan orang ramai menghantar mesej dan membuat panggilan suara dan panggilan video secara percuma selagi mereka mempunyai sambungan internet.
Ditubuhkan pada 2009, ia diperkenalkan sebagai alternatif kepada mesej teks tradisional SMS.
Pada 2014, ia diambil alih oleh Facebook menerusi satu urus niaga bernilai sekitar AS$19 bilion.
Topic Berkaitan
#Android
#aplikasi
#Downdetector
#Facebook
#gangguan
#mesej
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan