GADGETS

WhatsApp bakal perkenal Message Request, tapis mesej nombor tidak disimpan

Amanz 11/11/2025 | 04:20 MYT
WhatsApp membangunkan ciri Message Request yang membolehkan pengguna menapis mesej dari nombor yang tidak disimpan. -Foto Amanz
WHATSAPP sedang membangunkan ciri baharu dinamakan Message Request bagi membolehkan pengguna menapis mesej daripada nombor yang tidak disimpan.


Ringkasan AI
  • WhatsApp membangunkan ciri Message Request yang membolehkan pengguna menapis mesej dari nombor yang tidak disimpan.
  • Pengguna boleh pilih antara Everyone untuk mesej dari nombor tidak disimpan muncul dalam senarai sembang atau My Contacts untuk mesej diletakkan dalam folder khas berlabel Requests.
  • Folder Requests berfungsi seperti ciri di Instagram, memisahkan mesej baharu untuk elakkan gangguan pada paparan utama pengguna.


Ciri ini tidak menyekat mesej, sebaliknya mengawal cara ia dipaparkan dalam aplikasi.

Melalui tetapan baharu Who Can Message Me, pengguna ditawarkan dua pilihan utama. Pilihan pertama, Everyone, membenarkan mesej daripada nombor tidak disimpan muncul dalam senarai sembang seperti biasa.

Pilihan kedua, My Contacts, memindahkan mesej daripada nombor tidak disimpan ke folder khas berlabel Requests.

Folder ini berfungsi seperti ciri di Instagram yang memisahkan mesej baharu bagi mengelakkan gangguan pada paparan utama.

Dalam folder tersebut, pengguna boleh melihat nama, gambar profil dan kandungan mesej sebelum memilih untuk membalas, memadam, melaporkan atau menyekat penghantar.

Sebaik sahaja mesej dibalas, ia akan dipindahkan secara automatik ke senarai sembang utama.

Ciri ini dijangka hadir dalam kemas kini akan datang dan mungkin menggunakan nama berbeza semasa pelancaran rasmi. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri baharu yang sedang dibangunkan oleh WhatsApp yang dikenali sebagai Message Request?
    A: WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu dinamakan Message Request yang membolehkan pengguna menapis mesej daripada nombor yang tidak disimpan.
  • Q: Apa pilihan yang ditawarkan kepada pengguna melalui tetapan Who Can Message Me?
    A: Melalui tetapan Who Can Message Me, pengguna ditawarkan dua pilihan utama iaitu Everyone dan My Contacts.
  • Q: Apa fungsi folder khas berlabel Requests dalam aplikasi WhatsApp?
    A: Folder khas berlabel Requests berfungsi memindahkan mesej daripada nombor tidak disimpan ke dalamnya untuk memisahkan mesej-mesej tersebut dari paparan utama pengguna.



#WhatsApp #Message Request #nombor tidak disimpan #Who Can Message Me