awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp bangunkan ciri perkongsian status dengan Rakan Rapat untuk pengguna iOS

Amanz
Amanz
03/09/2025
05:23 MYT
WhatsApp bangunkan ciri perkongsian status dengan Rakan Rapat untuk pengguna iOS
Fungsi baru yang bakal diperkenalkan WhatsApp ini sangat mirip dengan ciri ‘Close Friends’ dalam aplikasi Instagram, di mana pengguna boleh berkongsi kandungan yang lebih peribadi dengan pengikut terpilih.
WHATSAPP sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi status hanya dengan rakan rapat (close friends).
Ciri ini masih belum tersedia dan akan dilancarkan dalam kemas kini akan datang.
Melalui ciri ini, pengguna boleh mencipta senarai rakan rapat melalui tetapan privasi.
Apabila memuat naik status, mereka boleh pilih sama ada mahu berkongsi kepada semua atau hanya kepada rakan rapat.
Status yang dikongsi dengan rakan rapat akan ditandai dengan warna khas supaya mudah dikenali.
Fungsi ini sangat mirip dengan ciri ‘Close Friends’ dalam aplikasi Instagram, di mana pengguna boleh berkongsi kandungan yang lebih peribadi dengan pengikut terpilih.
Senarai rakan rapat boleh diubah pada bila-bila masa tanpa sebarang notifikasi kepada mereka yang ditambah atau dikeluarkan.
Perubahan ini hanya boleh digunakan untuk status baharu.
Jika pengguna mahu mengubah senarai penerima status lama pula, mereka perlu memadamnya terlebih dahulu dan muat naik semula.
Kemas kini status tetap akan hilang selepas 24 jam dan dilindungi ciri penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE).
Ini bermakna hanya penerima yang dipilih boleh melihat kandungan tersebut dan WhatsApp sendiri tidak boleh mengaksesnya.
Ciri ini kelak dianggap boleh memberi lebih kawalan dan privasi kepada pengguna.
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#rakan rapat
#kongsi status
#status WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan