GADGETS
WhatsApp bangunkan ciri soalan dalam status
WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah soalan terbuka dalam status, mirip pelekat soalan di Instagram Stories. -Amanz
WHATSAPP kini membangunkan ciri soalan yang boleh ditambah terus ke dalam status.
Ringkasan AI
Ia menyerupai ciri pelekat soalan di Instagram Stories yang juga membolehkan pengguna mengumpul maklum balas daripada pengikut mereka secara langsung.
Dengan memperkenalkan ciri yang sama, WhatsApp dilihat menambah satu lagi cara berinteraksi yang mesra dan menarik di aplikasinya.
Cara penggunaan juga mudah dengan pengguna boleh menaip satu soalan terbuka dalam status mereka.
Setiap status hanya dibenarkan memuat naik satu soalan. Bermakna, mereka perlu membuat beberapa kemas kini status berasingan sekiranya mahu bertanya lebih daripada satu soalan.
Apabila status dikongsi, rakan atau kenalan terpilih boleh menjawab terus dalam antara muka status tersebut.
Kemudian, semua jawapan akan dikumpul dalam satu ruangan khas yang hanya boleh diakses oleh pencipta sahaja. Mereka boleh melihat kandungan setiap jawapan dan nama pengirim.
Jawapan yang dikongsi semula ke status baharu tidak akan mendedahkan identiti penghantar.
Hanya teks jawapan sahaja akan dipaparkan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk berkongsi pandangan dengan selamat.
Ciri ini masih dalam pembangunan dan akan tersedia dalam kemas kini akan datang. -Amanz
Ringkasan AI
- WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah soalan terbuka dalam status, mirip pelekat soalan di Instagram Stories.
- Setiap status hanya boleh memuatkan satu soalan, dan jawapan daripada rakan akan dikumpul dalam ruangan khas yang hanya boleh diakses oleh pencipta status.
- Jawapan yang dikongsi semula tidak akan mendedahkan identiti penghantar, bagi memastikan privasi dan galakan maklum balas yang selamat; ciri ini akan tersedia dalam kemas kini akan datang.