GADGETS
WhatsApp kini boleh rumuskan mesej belum dibaca guna AI
Ciri ini boleh diakses melalui pilihan "Summarize privately" dan menggunakan teknologi Private Processing bagi menjaga privasi pengguna. -Amanz
SAYA benci dengan WhatsApp. Setiap hari ratusan mesej masuk ke dalam aplikasi sehingga mengganggu kerja yang ingin dilakukan.
Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang merumuskan mesej belum dibaca menggunakan Meta AI untuk memudahkan pengguna memahami kandungan mesej secara ringkas.
- Ciri ini boleh diakses melalui pilihan "Summarize privately" dan menggunakan teknologi Private Processing bagi menjaga privasi pengguna.
- Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat dan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
Oleh itu setiap kali sampai di rumah, saya mematikan notifikasi yang diterima untuk ketenangan jiwa. Tetapi akibatnya jumlah mesej tidak terbaca adalah banyak di pagi hari.
Hari ini WhatsApp telah mengaktifkan ciri baharu yang merumuskan mesej-mesej yang tidak dibaca menggunakan Meta AI.
Apabila tingkap Chat dibuka, akan terdapat makluman mesej yang belum dibaca. Tekan makluman ini dan pilihan Summarize privately akan diberikan.
Tekan sekali lagi dan rumusan mesej-mesej yang belum dibaca ini akan diberikan oleh Meta AI.
Menurut Meta ciri ini menggunakan teknologi Private Processing yang memastikan mesej peribadi ini tidak dapat diintip oleh pengguna lain.
Ciri rumusan mesej-mesej yang belum dibaca ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan dalam Bahasa Inggeris sahaja ketika ini.
Untuk insan yang dibanjiri mesej yang banyak seperti saya, ini ialah ciri yang dapat mengurangkan jumlah mesej yang perlu dibaca setiap hari. -Amanz