GADGETS

WhatsApp kini bolehkan pengguna tambah pautan Instagram pada profil

Amanz 08/04/2025 | 03:30 MYT
Ciri ini boleh ditemui dalam tetapan utama dan memerlukan aplikasi dikemas kini dengan versi baharu. -Amanz
WHATSAPP kini membolehkan pengguna menambah pautan daripada media sosial lain ke profil mereka.


Ringkasan AI
  • WhatsApp kini membolehkan pengguna menambah pautan media sosial lain ke profil mereka.
  • Pengguna boleh meletakkan pautan Instagram dalam tetapan profil untuk memudahkan rakan mencari mereka.
  • Ciri ini boleh ditemui dalam tetapan utama dan memerlukan aplikasi dikemas kini dengan versi baharu.


Dengan kemas kini baharu ini, pengguna boleh meletakkan pautan Instagram ke dalam tetapan profil, seterusnya memudahkan rakan-rakan serta kenalan mencari mereka di platform media sosial lain.

Cubaan kami mendapati bahawa ciri ini boleh ditemui menerusi tetapan utama (Settings) > Edit Profile > Links.

Kemudian, pautan Instagram boleh ditambah dengan menaip nama pengguna (username) secara manual dan menyimpannya.

Perlu dipastikan bahawa nama pengguna yang ditaip adalah milik anda bagi mengelakkan kesilapan profil.

Setelah selesai, pautan akan dipaparkan bersama maklumat lain seperti nama dan nombor telefon.

Cubaan kami juga menggunakan peranti iOS, dan pastikan aplikasi dikemas kini dengan versi baharu untuk mencubanya.

Perlu diingatkan bahawa ciri yang serupa sudah tersedia pada WhatsApp Business sebelum ini, dan kini ditawarkan pula pada akaun WhatsApp Messenger Standard. -Amanz





#WhatsApp #Instagram #pautan media sosial #tetapan utama