GADGETS

WhatsApp lancar ciri Writing Help dengan bantuan AI

Amanz 30/08/2025 | 04:09 MYT
WhatsApp memperkenalkan ciri Writing Help berasaskan AI untuk bantu pengguna menulis mesej dalam gaya profesional, menyokong atau berseloroh. -Foto Amanz
WHATSAPP melancarkan ciri baharu dipanggil Writing Help yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pengguna menulis mesej.


Ringkasan AI
  • WhatsApp memperkenalkan ciri Writing Help berasaskan AI untuk bantu pengguna menulis mesej dalam gaya profesional, menyokong atau berseloroh.
  • Ciri ini menggunakan ikon pensel berbintang dan menjana semula mesej berdasarkan input pengguna tanpa Meta membaca kandungan tersebut.
  • Dilancarkan dalam Bahasa Inggeris di AS dan beberapa negara lain, dengan sokongan bahasa dan lokasi tambahan menjelang akhir 2025.


Ciri ini membolehkan pengguna memilih gaya penulisan seperti profesional, memberikan sokongan atau nada berseloroh.

Ia mengingatkan kami kepada ciri bantuan penulisan yang kini wujud pada peranti Samsung, Apple dan Oppo.

Ciri ini diaktifkan dengan menekan ikon pencil dengan bintang kecil. Taip apa yang ingin ditulis dalam kotak dialog WhatsApp.

Writing Help yang dikuasakan oleh Meta AI kemudiannya akan menulis semula karangan ini dalam tiga gaya penulisan yang dinyatakan di atas tadi.

Bagi memastikan privasi pengguna terjaga, teknologi Private Processing digunakan dengan apa yang ditulis tidak akan dibaca oleh Meta.

Ciri ini telah dilancarkan dalam Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain dengan sokongan untuk bahasa dan negara lain akan menyusul menjelang akhir 2025. -Amanz








#WhatsApp #Writing Help #gaya profesional #kecerdasan buatan