[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
GADGETS

WhatsApp perkenal ciri hantar mesej suara yang hilang setelah didengar

Amanz 08/12/2023 | 07:27 MYT
Dengan langkah ini, anda boleh menghantar sebarang mesej suara yang tidak disimpan, sebaliknya hilang selepas didengar atau dibuka oleh penerima. -Amanz
WHATSAPP sedia menawarkan ciri untuk menghantar gambar dan juga video yang hanya boleh dilihat sekali, dan hilang selepas ia dibuka dan dilihat.

Selain daripada sokongan menghantar gambar dan video, kini ciri “Lihat Sekali” berkenaan turut diperluaskan untuk perkhidmatan mesej suara.



Dengan langkah ini, anda boleh menghantar sebarang mesej suara yang tidak disimpan, sebaliknya hilang selepas didengar atau dibuka oleh penerima.

Ini sekali gus membolehkan anda berkongsi mesej suara yang lebih peribadi berbanding sebelum ini.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu tap untuk seketika ketika merakamkan mesej suara, dan seterusnya mengaktifkan ciri “Lihat Sekali” dengan tekan pada ikon bernombor “1” pada bahagian kiri. -Amanz



#WhatsApp #mesej suara #ciri Lihat Sekali #hilang selepas dibuka