awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp perkenal ciri mengesan scam dan skim piramid

Amanz
Amanz
06/08/2025
03:50 MYT
WhatsApp perkenal ciri mengesan scam dan skim piramid
Apabila pengguna WhatsApp menerima jemputan memasuki sesebuah kumpulan baharu yang mungkin tidak dikenali, ia akan memaparkan maklumat mengenai kumpulan tersebut.
SABAN hari ada sahaja laporan berita individu menjadi mangsa pelaburan atas talian yang melibatkan jumlah yang besar.
Yang menjadi mangsa ialah pesara tua, guru, jurutera dan juga selebriti. Jelas taktik penipuan atas talian cukup berkesan sehingga mampu mencari mangsa daripada semua lapisan masyarakat.
Meta menyedari platform media sosial milik mereka kerap dijadikan pentas penipuan ataupun scam seperti pelaburan skim piramid/ponzi.
Hari ini mereka memperkenalkan ciri baharu dalam WhatsApp yang boleh membantu memerangi masalah ini.
Apabila pengguna WhatsApp menerima jemputan memasuki sesebuah kumpulan baharu yang mungkin tidak dikenali, ia akan memaparkan maklumat mengenai kumpulan tersebut seperti siapa yang menjemput dan sama ada ia insan yang dikenali, bila kumpulan dibentuk dan ahli.
Di bawah disertakan maklumat untuk mengenal pasti sama jenis penipuan atas talian yang wujud dan apakah langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa.
Foto Amanz
Foto Amanz
Jika menerima mesej peribadi pula, Meta akan memaparkan maklumat mengenai individu tersebut sekiranya ia tidak dikenali.
Dengan konteks yang diberikan, pengguna WhatsApp boleh melakukan pilihan untuk berinteraksi dengan akaun tersebut atau terus menghalangnya terus.
Turut diumumkan Meta ialah mereka telah mengesan dan mengaramkan 6.8 juta akaun WhatsApp yang terlibat dengan penipuan atas talian khususnya yang berpangkalan di Asia Tenggara.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Meta
#WhatsApp
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan