GADGETS
WhatsApp perkenal kawalan ibu bapa melalui akaun sekunder kanak-kanak
WhatsApp memperkenalkan cara baharu penggunaan akaun sekunder untuk kawalan ibu bapa dengan lebih terperinci, membolehkan profil terhad untuk anak-anak dengan fungsi khusus. -Foto fail/Amanz
WHATSAPP sebelum ini mengumumkan ciri baharu yang dibangunkan bagi membantu ibu bapa mengurus akaun sekunder untuk anak-anak melalui kawalan akaun utama.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Terkini, platform tersebut berkongsi dengan lebih jelas mengenai cara fungsi keselamatan ini akan disediakan.
Akaun sekunder ialah profil dengan fungsi terhad yang ditetapkan khusus untuk pengguna bawah umur.
Sekiranya anak belum mencapai umur minimum ditetapkan, mereka perlu meminta ibu bapa menyediakan akaun ini.
Akaun sekunder akan mengehadkan interaksi, termasuk menghalang mesej atau panggilan daripada kenalan yang tidak dikenali, sekali gus mengurangkan risiko pendedahan kepada pihak luar.
Ibu bapa turut akan menerima laporan aktiviti tertentu seperti penambahan kenalan baharu, tanpa akses kepada kandungan mesej kerana penyulitan hujung ke hujung kekal aktif.
Proses penyediaan bermula dengan ibu bapa mengimbas kod QR yang dipaparkan sebelum mencipta PIN enam digit untuk mengawal akses dan menghalang anak daripada membuat perubahan tanpa kebenaran.
PIN tersebut juga diperlukan untuk melengkapkan profil akaun sekunder.
Akaun sekunder akan kekal aktif sehingga ibu bapa menamatkannya atau sehingga anak mencapai umur minimum penggunaan WhatsApp.
Setakat ini, ciri ini masih dalam fasa pembangunan tanpa tarikh pelancaran rasmi. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan cara baharu penggunaan akaun sekunder untuk kawalan ibu bapa dengan lebih terperinci, membolehkan profil terhad untuk anak-anak dengan fungsi khusus.
- Akaun sekunder ini melarang anak-anak daripada berinteraksi dengan kenalan yang tidak dikenali, serta memberi ibu bapa laporan aktiviti tertentu seperti penambahan kenalan baru oleh anak.
- Proses penyediaan akaun sekunder melibatkan pengimbasan kod QR oleh ibu bapa, penciptaan PIN enam digit, dan penggunaan PIN tersebut untuk mengawal tindakan serta melengkapkan profil akaun sekunder.
Terkini, platform tersebut berkongsi dengan lebih jelas mengenai cara fungsi keselamatan ini akan disediakan.
Akaun sekunder ialah profil dengan fungsi terhad yang ditetapkan khusus untuk pengguna bawah umur.
Sekiranya anak belum mencapai umur minimum ditetapkan, mereka perlu meminta ibu bapa menyediakan akaun ini.
Akaun sekunder akan mengehadkan interaksi, termasuk menghalang mesej atau panggilan daripada kenalan yang tidak dikenali, sekali gus mengurangkan risiko pendedahan kepada pihak luar.
Ibu bapa turut akan menerima laporan aktiviti tertentu seperti penambahan kenalan baharu, tanpa akses kepada kandungan mesej kerana penyulitan hujung ke hujung kekal aktif.
Proses penyediaan bermula dengan ibu bapa mengimbas kod QR yang dipaparkan sebelum mencipta PIN enam digit untuk mengawal akses dan menghalang anak daripada membuat perubahan tanpa kebenaran.
PIN tersebut juga diperlukan untuk melengkapkan profil akaun sekunder.
Akaun sekunder akan kekal aktif sehingga ibu bapa menamatkannya atau sehingga anak mencapai umur minimum penggunaan WhatsApp.
Setakat ini, ciri ini masih dalam fasa pembangunan tanpa tarikh pelancaran rasmi. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan ciri baharu yang sedang dibangunkan oleh WhatsApp untuk akaun sekunder?
A: WhatsApp sedang mengembangkan ciri baru untuk membantu ibu bapa mengurus akaun sekunder bagi anak-anak melalui kawalan utama. - Q: Apa fungsi akaun sekunder yang diperkenalkan oleh WhatsApp?
A: Akaun sekunder ini berfungsi untuk menghalang anak-anak daripada menghantar atau menerima mesej serta panggilan daripada kenalan yang tidak dikenali, dan ibu bapa akan menerima laporan aktiviti tertentu seperti penambahan kenalan baharu oleh anak. - Q: Bagaimana proses penyediaan akaun sekunder dilakukan oleh ibu bapa?
A: Ibu bapa perlu mengimbas kod QR yang diberikan, mencipta PIN enam digit, dan PIN tersebut perlu dimasukkan pada akaun sekunder untuk mengawal tindakan tertentu serta menghalang anak daripada membuat perubahan tanpa kebenaran.