awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp sedang bangunkan ciri kuiz dalam 'channel'

Amanz
Amanz
17/10/2025
06:00 MYT
WhatsApp sedang bangunkan ciri kuiz dalam 'channel'
WhatsApp sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran yang membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut dengan satu jawapan betul daripada lima pilihan. -Foto fail/Amanz
WHATSAPP sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran (channel) bagi menjadikan ruang tersebut lebih menarik dan bukan sekadar tempat kemas kini maklumat.

Ringkasan AI
  • WhatsApp sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran yang membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut dengan satu jawapan betul daripada lima pilihan.
  • Kuiz ini berbeza daripada tinjauan kerana ia memberi animasi penghargaan jika jawapan betul dipilih dan boleh disertakan ganjaran oleh pentadbir.
  • Penyertaan kuiz terbuka kepada semua pengguna yang melihat siaran dan ciri ini akan tersedia dalam kemas kini akan datang.

Melalui ciri ini, pentadbir boleh membuat kuiz dengan sehingga lima pilihan jawapan dan hanya satu jawapan yang betul akan ditetapkan.
Meskipun nampak seperti tinjauan (poll), ia sebenarnya berbeza. Tinjauan digunakan untuk mengumpul pendapat, manakala kuiz membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut tentang sesuatu topik.
Menariknya, jika pengguna memilih jawapan yang betul, animasi ‘confetti’ akan dipaparkan sebagai tanda penghargaan.
Malah, pentadbir juga berpeluang memberi ganjaran kepada pengguna yang menjawab dengan betul (bergantung kepada pilihan mereka).
Untuk memulakan fungsi ini, pentadbir hanya perlu memilih pilihan ‘Quiz’ dalam papan pemuka utama.
Antara mukanya hampir sama seperti membuat tinjauan tetapi dengan tambahan seperti tanda semak di sebelah setiap jawapan untuk menandakan jawapan yang betul.
Difahamkan, penyertaan kuiz ini terbuka kepada semua pengguna yang melihat siaran tanpa perlu menjadi pengikut saluran terlebih dahulu.
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan tersedia menerusi kemas kini akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#kuiz dalam saluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan