GADGETS
WhatsApp sedang bangunkan ciri kuiz dalam 'channel'
WhatsApp sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran yang membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut dengan satu jawapan betul daripada lima pilihan. -Foto fail/Amanz
WHATSAPP sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran (channel) bagi menjadikan ruang tersebut lebih menarik dan bukan sekadar tempat kemas kini maklumat.
Ringkasan AI
Melalui ciri ini, pentadbir boleh membuat kuiz dengan sehingga lima pilihan jawapan dan hanya satu jawapan yang betul akan ditetapkan.
Meskipun nampak seperti tinjauan (poll), ia sebenarnya berbeza. Tinjauan digunakan untuk mengumpul pendapat, manakala kuiz membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut tentang sesuatu topik.
Menariknya, jika pengguna memilih jawapan yang betul, animasi ‘confetti’ akan dipaparkan sebagai tanda penghargaan.
Malah, pentadbir juga berpeluang memberi ganjaran kepada pengguna yang menjawab dengan betul (bergantung kepada pilihan mereka).
Untuk memulakan fungsi ini, pentadbir hanya perlu memilih pilihan ‘Quiz’ dalam papan pemuka utama.
Antara mukanya hampir sama seperti membuat tinjauan tetapi dengan tambahan seperti tanda semak di sebelah setiap jawapan untuk menandakan jawapan yang betul.
Difahamkan, penyertaan kuiz ini terbuka kepada semua pengguna yang melihat siaran tanpa perlu menjadi pengikut saluran terlebih dahulu.
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan tersedia menerusi kemas kini akan datang. -Amanz
Ringkasan AI
- WhatsApp sedang membangunkan fungsi kuiz dalam saluran yang membolehkan pentadbir menguji pengetahuan pengikut dengan satu jawapan betul daripada lima pilihan.
- Kuiz ini berbeza daripada tinjauan kerana ia memberi animasi penghargaan jika jawapan betul dipilih dan boleh disertakan ganjaran oleh pentadbir.
- Penyertaan kuiz terbuka kepada semua pengguna yang melihat siaran dan ciri ini akan tersedia dalam kemas kini akan datang.