[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
GADGETS

WhatsApp uji ciri janaan gambar latar belakang guna AI

Amanz 24/06/2025 | 03:15 MYT
Ciri ini bertujuan memberi lebih banyak pilihan dari segi warna, tema dan gaya, dan kini hanya tersedia kepada pengguna beta melalui kemas kini terbaharu. -Amanz
WHATSAPP sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar latar belakang (Wallpaper) perbualan secara automatik menggunakan AI dari Meta.

Ringkasan AI
  • WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar latar belakang perbualan secara automatik menggunakan AI dari Meta, dengan pilihan untuk digunakan secara umum atau khusus bagi perbualan tertentu.
  • Pengguna boleh memilih reka bentuk yang dicadangkan atau memasukkan arahan teks tersendiri untuk menghasilkan variasi gambar latar yang lebih tepat mengikut cita rasa masing-masing.
  • Ciri ini bertujuan memberi lebih banyak pilihan dari segi warna, tema dan gaya, dan kini hanya tersedia kepada pengguna beta melalui kemas kini terbaharu, dengan pelancaran lebih meluas dijangka secara berperingkat.

Ia boleh diakses melalui tetapan tema perbualan di mana pengguna boleh memilih untuk menggunakan gambar latar AI, sama ada untuk semua perbualan atau tertentu sahaja.
Apabila pengguna mengakses bahagian antara muka ciri ini, mereka akan diberikan cadangan reka bentuk automatik yang boleh terus digunakan.
Sekiranya tiada yang menepati cita rasa, pengguna boleh memasukkan arahan teks (prompt) tersendiri. Meta AI kemudian akan memproses arahan ini dan menghasilkan beberapa variasi gambar latar.
Pengguna boleh menatal pilihan, memilih yang digemari, atau menyesuaikan arahan untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
Ciri ini direka untuk memberi lebih banyak pilihan dari segi warna, tema dan gaya, khususnya buat mereka yang inginkan kelainan daripada koleksi sedia ada.
Setakat ini, ciri ini hanya tersedia kepada sebilangan pengguna beta melalui kemas kini terbaharu, dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna. -Amanz
#WhatsApp #jana gambar latar belakang #automatik guna AI dari Meta #Meta