GADGETS
WhatsApp uji ciri peringatan mesej
WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan peringatan untuk mesej tertentu dalam perbualan. -Amanz
WHATSAPP sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan peringatan untuk mesej tertentu dalam perbualan.
Ringkasan AI
Ia dilihat sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan mudah terlepas mesej penting sama ada berkaitan kerja mahupun urusan peribadi.
Dengan fungsi ini, pengguna boleh memastikan mesej penting tidak lagi tenggelam dalam timbunan perbualan yang belum dibaca.
Cara penggunaan juga mudah dengan pengguna boleh menekan lama pada mana-mana mesej dalam perbualan. Kemudian, mereka boleh klik pada pilihan baharu ‘Remind Me‘.
WhatsApp menawarkan beberapa pilihan masa seperti dua jam, lapan jam atau seharian dan pengguna boleh menetapkan tarikh serta masa sesuai mengikut keselesaan mereka.
Selepas peringatan ditetapkan, ikon loceng akan muncul pada mesej tersebut.
Apabila tiba masa yang ditetapkan, WhatsApp akan menghantar notifikasi khusus yang memaparkan mesej penuh termasuk gambar dan video (jika ada) serta nama pengguna asal.
Peringatan ini hanya disimpan dalam telefon pengguna dan tidak dikongsi dengan sesiapa dalam perbualan termasuk pihak WhatsApp.
Buat masa ini, hanya sebahagian pengguna beta Android yang boleh mencubanya dan berpotensi diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat. -Amanz
Ringkasan AI
- WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan peringatan untuk mesej tertentu dalam perbualan.
- Pengguna boleh menetapkan masa peringatan seperti dua jam, lapan jam atau seharian, dan akan menerima notifikasi mesej penuh apabila tiba masa yang ditetapkan.
- Ciri ini hanya tersedia kepada sebahagian pengguna beta Android buat masa ini dan berpotensi diperluaskan kepada lebih ramai pengguna.