awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO saran ambil vaksin cegah influenza, selesema menjelang musim sejuk

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
17/10/2020
13:13 MYT
WHO saran ambil vaksin cegah influenza, selesema menjelang musim sejuk
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, setiap tahun, terdapat sehingga 3.5 juta kes selesema yang teruk di seluruh dunia dan hingga 650,000 kematian berkaitan pernafasan.
GENEVA:Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) menggesa orang ramai mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah influenza menjelang musim sejuk sebagai usaha mencegah selesema dan COVID-19.
Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, setiap tahun, terdapat sehingga 3.5 juta kes selesema yang teruk di seluruh dunia dan hingga 650,000 kematian berkaitan pernafasan.
Ujarnya, bagaimanapun sepanjang musim sejuk tahun ini, jumlah kes jangkitan dan kematian kurang daripada biasa kerana langkah yang dilakukan bagi mencegah COVID-19.
Kira-kira 80 peratus negara di seluruh Eropah menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dan kes di 37 wilayah dari 13 negara telah meningkat.
"Minggu lalu, jumlah kes yang dilaporkan di Eropah hampir tiga kali ganda tinggi daripada gelombang pertama pada Mac lalu. Walaupun angka korban yang dilaporkan di Eropah minggu lalu lebih rendah daripada bulan Mac, kemasukan ke hospital meningkat dan banyak bandar memaklumkan akan mencapai kapasiti maksimum rawatan rapi dalam beberapa minggu mendatang," katanya.
Justeru, WHO menyarankan vaksin infleunza disasarkan kepada lima kumpulan utama iaitu wanita hamil, pesakit kronik, warga emas, pekerja kesihatan dan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#vaksin
#Influenza
#selesema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan