awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo

Bernama
Bernama
28/12/2024
13:00 MYT
WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo
Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui. - Gambar fail/AP
GENEVA: Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Gelombang penyakit di wilayah terpencil Congo disebabkan oleh gabungan patogen yang diketahui seperti malaria, influenza, dan virus pernafasan lain, bukan "Penyakit X."
  • Kekurangan zat makanan akut di kawasan itu memperburuk kesan penyakit, dengan kanak-kanak di bawah 5 tahun menjadi golongan paling terjejas.
  • WHO dan pasukan kesihatan Congo sedang menyiasat dan mengukuhkan langkah kawalan di lapangan untuk menangani wabak ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpangkalan di Geneva berkata pada Jumaat bahawa malaria, influenza, rhinovirus, coronavirus, dan virus lain yang diketahui telah dikesan dalam 430 sampel makmal yang diambil dari pesakit di wilayah itu.
Ratusan orang jatuh sakit sejak akhir Oktober di daerah Panzi di wilayah barat daya Kwango. Pesakit mengalami simptom seperti selesema termasuk demam, selesema, sakit kepala, sakit pada anggota badan dan kesukaran bernafas. WHO melaporkan 48 kematian manakala pihak berkuasa tempatan menyatakan lebih daripada 130 orang telah meninggal dunia.
Jumlah kanak-kanak di bawah 5 tahun yang terjejas adalah sangat tinggi. Kira-kira 40 peratus daripada penduduk di kawasan itu dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan, manakala dalam kalangan kanak-kanak, angkanya dianggarkan setinggi 60 peratus. Mereka yang tidak cukup makan dan kekurangan nutrien berisiko lebih tinggi untuk jatuh sakit dengan teruk akibat pelbagai patogen.
Pihak berkuasa kesihatan Congo menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sampel yang baik dari kawasan terpencil itu kerana ia mengambil masa tiga hari untuk sampai dari ibu negara, Kinshasa, ke kawasan berkenaan.
Pasukan WHO kini telah dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan mendapati bahawa "gabungan jangkitan virus pernafasan biasa dan bermusim serta malaria falciparum, ditambah dengan kekurangan zat makanan akut, telah menyebabkan peningkatan dalam jangkitan teruk dan kematian, yang memberi kesan yang tidak seimbang terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun."
Pasukan respons krisis pelbagai disiplin telah dihantar untuk menyiasat kejadian itu dan mengukuhkan langkah-langkah di lapangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#penyakit X
#Misteri
#Congo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan