[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi

Hafiz Marzukhi 21/11/2017 | 04:38 MYT
NAJIB berkata golongan muda perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi agar mereka bersikap terbuka. - Gambar Bernama
Sistem pendidikan sedia ada perlu dirombak untuk memastikan generasi muda mampu mendepani cabaran di alam pekerjaan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga masa depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan muda perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi agar mereka bersikap terbuka dan bersedia untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang belum lagi wujud pada masa kini.
"Namun, yang menyedihkan kita, sebahagian besar negara-negara Islam tidak memiliki pelaburan yang mencukupi dalam pendidikan yang berkualiti.
"Malah, ada yang masih tidak mempunyai akses kepada keperluan asas seperti air, kemudahan kesihatan dan pendidikan asas," katanya dalam ucaptamanya di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang ke-13.
Bertemakan 'Disruptive Changes: Impact and Challenges' (Perubahan Disruptif: Impak dan Cabaran), WIEF kali ini diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Datuk Seri Najib turut mencadangkan supaya tiga negara yang berkongsi Kepulauan Borneo iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia untuk bekerjasama bagi memacu Ekonomi Hijau atau Green Economy.
"Malaysia bersedia untuk mengatur perbincangan bagi cadangan ini supaya kita dapat mengukuhkan kerjasama dalam perkara tersebut," kata beliau.
Turut hadir dalam Majlis Perasmian WIEF ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg, Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam serta pemimpin dari negara-negara yang menghantar delegasi bagi menghadiri WIEF.
#Brunei #ekonomi #Forum Ekonomi Islam Dunia #Indonesia #kesihatan #Ketua Menteri #Kuching #Malaysia #Musa Hitam #Najib Razak #pelaburan #pendidikan #Perdana Menteri #Sarawak #WIEF