WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah

Hafiz Marzukhi
November 23, 2017 07:09 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Ketua Kerajaan Morocco Dr Saad Eddine El Othmani (kanan) pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 21 Nov. - FotoBERNAMA
Syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat secara umumnya tidak sepatutnya takut dengan perubahan disruptif.
Sebaliknya, mereka patut belajar mengatasinya kerana ia boleh membuka peluang baharu.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, sikap ini perlu untuk memastikan kita dapat terus maju dalam era baharu dunia kini.
"Jika kita tidak belajar mengatasinya atau menggunakannya bagi kelebihan kita, akhirnya kita sendiri akan rugi," kata beliau dalam sidang media penutup Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-13 di sini hari ini.
Turut hadir ketika sidang media tersebut adalah Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Sarawak kerana menganjurkan WIEF dan memuji visi yang direncanakan kerajaan Sarawak terutamanya dalam ekonomi digital.
Acara tiga hari tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) buat pertama kalinya dan memilih untuk memberi tumpuan kepada impak dan cabaran perubahan disruptif.
#Awang Tengah Ali Hassan #ekonomi digital #Forum Ekonomi Islam Dunia #Musa Hitam #Pusat Konvensyen Borneo Kuching #Sarawak #WIEF 13