GADGETS
Wikipedia kunci artikel genosid Gaza kerana didakwa tidak neutral
Wikipedia mengunci artikel genosid di Gaza susulan pertelagahan penggunaan bahasa oleh editor. -Foto Amanz
Wikipedia telah mengunci artikel berkenaan genosid di Gaza susulan pertelagahan mengenai penggunaan bahasa oleh penyunting.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales berkata artikel tersebut melanggar dasar Wikipedia yang menetapkan kandungan perlu ditulis secara neutral.
Selagi pertikaian dalam kalangan editor belum diselesaikan, artikel itu akan terus dikunci.
Artikel berkenaan sepatutnya boleh disunting semula pada jam 5.47 pagi tadi waktu Malaysia, namun ikon kunci yang menandakan suntingan tidak dibenarkan masih terpapar jelas.
Jimmy Wales turut menyatakan bahawa dakwaan Israel sedang melakukan genosid di Gaza adalah boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya disampaikan sebagai fakta mutlak.
Pendapat beliau menerima tentangan daripada beberapa editor Wikipedia yang berhujah bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NGO dan badan perundangan antarabangsa telah mengesahkan bahawa Israel melakukan genosid di Gaza.
Wales turut dibidas kerana menegaskan semua artikel Wikipedia perlu bersifat neutral, sedangkan artikel mengenai bentuk bumi sebagai sfera tidak pula diminta menerima pandangan pengikut teori bumi leper yang tidak berasaskan fakta saintifik. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Wikipedia mengunci artikel genosid di Gaza susulan pertelagahan penggunaan bahasa oleh editor.
- Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, menyatakan artikel itu melanggar dasar neutral Wikipedia.
- Artikel terus dikunci selagi pertikaian dalam kalangan editor belum diselesaikan, menimbulkan kontroversi mengenai dakwaan genosid Israel di Gaza.
Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales berkata artikel tersebut melanggar dasar Wikipedia yang menetapkan kandungan perlu ditulis secara neutral.
Selagi pertikaian dalam kalangan editor belum diselesaikan, artikel itu akan terus dikunci.
Artikel berkenaan sepatutnya boleh disunting semula pada jam 5.47 pagi tadi waktu Malaysia, namun ikon kunci yang menandakan suntingan tidak dibenarkan masih terpapar jelas.
Jimmy Wales turut menyatakan bahawa dakwaan Israel sedang melakukan genosid di Gaza adalah boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya disampaikan sebagai fakta mutlak.
Pendapat beliau menerima tentangan daripada beberapa editor Wikipedia yang berhujah bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NGO dan badan perundangan antarabangsa telah mengesahkan bahawa Israel melakukan genosid di Gaza.
Wales turut dibidas kerana menegaskan semua artikel Wikipedia perlu bersifat neutral, sedangkan artikel mengenai bentuk bumi sebagai sfera tidak pula diminta menerima pandangan pengikut teori bumi leper yang tidak berasaskan fakta saintifik. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Wikipedia mengunci artikel berkenaan genosid di Gaza?
A: Artikel itu dikunci susulan pertikaian penggunaan bahasa oleh editor penyunting yang melanggar dasar Wikipedia tentang penulisan neutral. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Wikipedia selagi pertikaian dalam kalangan editor belum diselesaikan?
A: Artikel tersebut akan terus dikunci sehingga pertikaian diselesaikan. - Q: Apakah pendapat Jimmy Wales mengenai dakwaan genosid di Gaza oleh Israel?
A: Beliau menyatakan bahawa dakwaan tersebut boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya dianggap sebagai fakta mutlak. - Q: Siapakah yang menyatakan bahawa Israel melakukan genosid di Gaza berdasarkan pada beberapa editor Wikipedia?
A: Editor Wikipedia yang berhujah bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NGO, dan badan perundangan antarabangsa telah mengesahkan tindakan genosid oleh Israel di Gaza. - Q: Apakah prinsip utama yang Wales tegaskan berkaitan dengan semua artikel di Wikipedia?
A: Wales menegaskan bahawa semua artikel di Wikipedia perlu bersifat neutral, termasuk artikel yang tidak menerima pandangan yang tidak berasaskan fakta saintifik seperti teori bumi leper.