awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Willie Mongin kini ahli PBB, permohonan diterima tanpa syarat - Abang Jo

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
06/08/2022
10:44 MYT
Willie Mongin kini ahli PBB, permohonan  diterima tanpa syarat - Abang Jo
Willie Mongin tidak mempertahankan kerusi DUN Mambong dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 tahun lalu sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada calon GPS. - Foto BERNAMA
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin sebagai ahli parti tersebut.
Perkara itu disahkan sendiri Presiden PBB, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti PBB di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini pada Sabtu.
“Mesyuarat (Majlis Kerja Tertinggi) tadi telah menerima permohonan daripada (Datuk) Willie Mongin untuk menjadi ahli PBB tanpa sebarang komitmen sebagai ahli.
“Itu sahaja, jangan anda menambah lagi, tidak ada syarat (ditetapkan), beliau mengatakan sokongan bahawa PBB (parti) bagus, oklah,” katanya.
Dengan kemasukan Willie sebagai ahli PBB, status kerusinya di Puncak Borneo bagaimanapun belum diketahui.
Sebelum ini Willie dalam kenyataannya pada Jun lalu berkata telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PBB.
Namun pada ketika itu mendakwa belum menerima sebarang maklum balas meskipun telah menghantar permohonan beberapa bulan awal.
Untuk rekod Willie memenangi kerusi Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada PBB, Genot Sinel.
Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR ketika “Langkah Sheraton” pada awal 2020 dan bersama Bersatu sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun sama.
Malah pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, Willie juga tidak bertanding bagi merebut kerusi DUN Mambong sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada calon GPS.
Topic Berkaitan
#Willie Mongin
#PBB
#Abang Johari Tun Openg
#Puncak Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan