GADGETS
Windows 11 dikemas kini dengan ciri 'khadam AI' Copilot yang dikawal dengan suara
Pengguna boleh beri arahan suara untuk bantu guna perisian, semak dokumen Word, Excel dan PowerPoint, serta dapat cadangan semasa bermain permainan video termasuk di konsol ROG Xbox Ally. -Foto Amanz
ADAKAH anda berharap ada khadam yang melakukan kerja remeh di pejabat? Kerap bingung bagaimana menggunakan sesetengah perisian? Jangan malu mengaku kerana hakikatnya kita hanya manusia dan tidak tahu semua perkara.
Ringkasan AI
Pagi ini Microsoft mengumumkan kemas kini untuk Windows 11 yang sekelip mata mengubah semua Copilot+ PC menjadi khadam yang boleh dikawal dengan suara.
Ciri baharu ini dikuasakan oleh Copilot Voice dan Copilot Vision. Dengan Copilot Voice anda boleh memberikan arahan suara untuk ia memberikan saranan bagaimana menggunakan sesuatu perisian yang anda mungkin tidak berapa mahir.
Dengan bantuan Copilot Vision, anda boleh mengarahkan Copilot untuk melihat dokumen Word, Excel dan PowerPoint dan menyuruhnya mencadangkan apakah yang perlu diubah untuk menjadikannya lebih baik.
Pemilik boleh menyeru “khadam AI” ini dengan menyebut “Hey Copilot” dan ia turut mempunyai ciri memberikan cadangan ketika anda dalam sesi permainan video.
Ciri bantuan dalam permainan video ini juga disokong pada konsol PC mudah alih ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X yang baru dilancarkan.
Seterusnya Microsoft akan mengembangkan ciri Copilot Actions yang membolehkan Copilot berinteraksi dengan laman web, perisian dan fail yang terkandung dalam PC.
Misalnya pengguna boleh menyuruh Copilot menyunting 10 gambar ketika bercuti dan selepas itu menghantarnya kepada ahli keluarga menggunakan emel.
Semua ini akan dilakukan di latar belakang sementara pemilik melakukan tugasan lain yang lebih penting di pejabat misalnya. Ejen AI ini boleh dipantau sepanjang masa bagi memastikan ia melakukan apa yang diarahkan dengan betul.
Dengan pengenalan pelbagai ciri kecerdasan buatan dan ejen Copilot ini, Microsoft cuba menarik minat orang ramai untuk berpindah ke platform mereka hanya beberapa hari selepas sokongan untuk Windows 10 dihentikan. -Amanz
Ringkasan AI
- Microsoft memperkenalkan kemas kini Windows 11 yang menjadikan semua Copilot PC sebagai pembantu AI boleh kawal suara melalui ciri baharu Copilot Voice dan Copilot Vision.
- Pengguna boleh beri arahan suara untuk bantu guna perisian, semak dokumen Word, Excel dan PowerPoint, serta dapat cadangan semasa bermain permainan video termasuk di konsol ROG Xbox Ally.
- Copilot Actions akan membolehkan interaksi dengan laman web dan fail PC, termasuk tugasan seperti menyunting gambar dan menghantar emel secara automatik di latar belakang.