awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wira Penyelamat' meninggal dunia

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
16/03/2018
03:24 MYT
'Wira Penyelamat' meninggal dunia
Abu Zarin, 33 tahun, dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.54 malam selepas dilaporkan kritikal akibat dipatuk reptilia berbisa itu 12 Mac lalu. -Foto Sinar Harian
Anggota bomba Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan gelaran "Wira Penyelamat" berikutan kecekapannya mengendalikan kes ular berbisa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh tengah malam tadi.
Abu Zarin, 33 tahun, dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.54 malam selepas dilaporkan kritikal akibat dipatuk reptilia berbisa itu 12 Mac lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Kampung Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAH selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong.
Allahyarham dilapor menunjukkan perkembangan positif apabila mulai sedar pada tengah hari Selasa lalu.
Difahamkan, kali terakhir Abu Zarin dipatuk ular berbisa ialah di Johor pada tahun lalu dan kejadian merupakan kali ke-11 dia diserang reptilia berkenaan malah pernah koma dua hari akibat dipatuk ular tedung pada 2015.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahab Mat Yassin
#Abu Zarin Hussin
#bomba
#dipatuk
#HOSHAH
#meninggal dunia
#wira penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan