awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2023
01:20 MYT
Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus
Norazam menambah tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dan punca insiden masih dalam siasatan - Foto/JBPM
KUALA LUMPUR: Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7.19 pagi.
Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.
.
Api berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh sejam - Foto/JBPM
"Sebaik tiba di lokasi, didapati satu kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Bahagian dalam bangunan musnah terbakar.
"Bagaimanapun api telah berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
"Ketika ini pasukan JBPM sedang melaksanakan pemadaman bara bara api dan timbunan kain," katanya hari ini.
Norazam menambah tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dan punca insiden masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Wisma Jakel terbakar
#JBPM Selangor
#Datuk Norazam Khamis
#seksyen 7 shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan