awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan letusan gunung berapi Flores

Bernama
Bernama
11/11/2024
11:15 MYT
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan letusan gunung berapi Flores
Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau merancang ke negara itu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini ekoran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau merancang ke negara itu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini ekoran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur.
Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat.
Pihak kementerian akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan kemas kini yang diperlukan demi keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan itu.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dinasihatkan untuk segera berbuat demikian melalui E-Konsular agar maklumat serta bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya.
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau emel ke [email protected].
Setakat ini, media antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat letusan berkenaan.
Bencana alam itu turut mengakibatkan penutupan beberapa lapangan terbang di kawasan terbabit.
Sejak 4 Nov lalu, letusan gunung berapi menjejaskan enam kampung di daerah Wulanggitang dan empat kampung di daerah Ile Bura, melibatkan sekitar 10,000 penduduk.
Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran bagi Gunung Lewotobi Laki-Laki ke tahap tertinggi, dengan gunung berapi itu terus menghamburkan abu tebal berwarna coklat setinggi dua kilometer setiap hari sepanjang minggu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
#waspada
#gunung berapi Flores
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan