MALAYSIA

Wisma Putra pantau tanah runtuh di New Zealand, sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat

Bernama 22/01/2026 | 13:30 MYT
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand pada Khamis. - Foto REUTERS/Aaron Gillions
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand pada Khamis, mengesahkan Kementerian Luar.
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau perkembangan insiden yang berlaku di Gunung Maunganui.
  • Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi talian utama Suruhanjaya Tinggi di 64-4-385 2439 atau 64-21-044 0188 untuk bantuan selepas waktu pejabat.


Dalam satu kenyataan media, kementerian itu memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau rapi perkembangan susulan insiden tersebut, yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Gunung Maunganui pada kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan).

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand yang berkaitan dan Persatuan Malaysia Auckland berhubung insiden berkenaan.

"Kementerian mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas," menurut kenyataan itu.

Kementerian menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +64-4-385 2439 (talian utama) atau +64-21-044 0188 (bantuan konsular kecemasan/selepas waktu pejabat).

Selain itu, mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di nz.cons@kln.gov.my.

Tambah kementerian, pihaknya akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa sekiranya perlu.

-- BERNAMA


#New Zealand #tanah runtuh #Wisma Putra #Pantau