MALAYSIA
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
Kementerian Luar Negeri menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nadia Kesuma (gambar). - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Jeddah, Arab Saudi, iaitu pelakon Nadia Kesuma, telah meninggal dunia.
Perkara itu disahkan hasil usaha Konsulat Jeneral dalam mengesan keberadaan Nadiah Kasumawati Abdul Karim melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta semakan rekod berkaitan.
"Pihak keluarga telah pun dimaklumkan mengenai berita duka ini. kementerian ini menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Pada masa sama, kementerian ini turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan urusan ini," menurut kementerian itu atau Wisma Putra, dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini
Kementerian itu berkata, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, merujuk kepada kes kehilangan Nadia Kesuma yang dilaporkan sejak 15 Januari 2026.
Bagi memastikan semua urusan berjalan lancar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah sedang memberikan bantuan konsular sepenuhnya kepada pihak keluarga.
Wakil daripada kedua-dua perwakilan diplomatik Malaysia itu turut berada di lapangan bagi memantau perkembangan secara dekat serta memudah cara proses selanjutnya.
Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menegaskan bahawa keselamatan serta kebajikan warga Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.
"Namun, memandangkan kes ini melibatkan privasi keluarga, kementerian tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat bagi menghormati sensitiviti semua pihak," jelasnya.