awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra tumpu isu COVID-19

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/03/2020
07:56 MYT
Wisma Putra tumpu isu COVID-19
Hishammuddin mahu bekerjasama dengan negara luar cari kaedah terbaik tangani COVID-19. Gambar Astro AWANI.
Wisma Putra akan bekerjasama dengan beberapa negara lain yang terlibat dengan wabak COVID-19 untuk memastikan langkah terbaik dapat diambil bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang terjejas akibat COVID-19 termasuk Emiriah Arab Bersatu, Singapura, dan China.
"Kita ada hubungan baik dengan negara yang terlibat COVID-19, jadi mengapa tidak kita berkongsi kaedah terbaik untuk tangani COVID-19", katanya ketika sidang media di Wisma Putra pada Rabu.
Mengulas mengenai status rakyat Malaysia yang berada ni negara terlibat wabak berkenaan, pihaknya berkata Wisma Putra tidak boleh membuat sebarang keputusan sebaliknya isu itu perlu dibincangkan di peringkat Kabinet.
"Kabinet yang akan putuskan dan kami hanya boleh mengemukakan hasil siasatan dan praktis terbaik oleh negara luar", katanya lagi.
Hishammuddin yang memulakan tugas pada hari pertama di Kementerian Luar turut berkongsi, beliau menerima enam panggilan dari negara luar antaranya China, Thailand, Singapura dan Indonesia, sempena pelantikannya mengetuai kementerian berkenaan.
Perkara itu disifatkan sebagai satu petanda positif kepada dirinya serta kementerian.
Terdahulu, Hishammuddin tiba di Wisma Putra dengan disambut Timbalan Menteri, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob sebelum mengadakan pertemuan bersama semua kakitangan kementerian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Emiriah Arab Bersatu
#Hishammuddin Hussein
#Kamarudin Jaffar
#Kementerian Luar
#Muhammad Shahrul Ikram Yaakob
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan